? ??????????????Love Glows!? ????? ?? ???Rating: 4.8 (12 Ratings)??68 Grabs Today. 10618 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????Love to Hate? ????? ?? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??66 Grabs Today. 13394 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, June 10, 2014

Arianna  sewaktu  berusia  3 tahun  9 bln.

Wednesday, April 9, 2014

Dhuha



Masya-Allah,  suka  dengar  nasyid  ni..

Friday, January 17, 2014

Tudung Labuh

Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.

Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Thursday, November 14, 2013

Al Hafiz Ahmad Adil Hakim

Alhamdulillah, amin,amin,amin.....moga anakku  yang  sulung  ini  bakal  bergelar seorang hafiz.
Ana  kira ini adalah lawatan  pertama  ana  sekeluarga  menjenguk beliau di Raudhatul  Ulum .
Perubahan beliau sangat drastik. Penuh  dengan  tawaddu'...inilah hasil  dari  didikan AlQuran.

 

Ibu amat bangga, ibu titipkan do'a agar kamu sentiasa rendah diri, kuat semangat, cekal, tabah,
dan  sabar  walau di mana saja kakimu  melangkah. Harungi setiap dugaan  dan  cabaran di  muka
bumi  Allah  SWT  ini  dengan  berlapang  dada..

Tuesday, September 24, 2013

Genap 44 hari di Raudhatul U'lum

Cepatnya  masa  berlalu..tak sangka rupanya sudah genap 44 hari  Hakim di Raudhatul U'lum. Ini  bermakna telah habis masa berpantang bagi Adil Hakim. Ibulah orang yang paling gembira  menanti saat  ini  setelah ibu menghitung hari. Ibu pun  bagitahu pada ayah, ayah  cakap 'dah cukup 44  hari  ke Sue?' Iya...iya...syukurlah. Ibu  amat mengharapkan  kamu  dapat  meneruskan pengajian di  Raudhatul  Ulum. Supaya  dapat  kamu  meneruskan  kesinambungan  'abang2 kamu' iaitu bekas para pelajar yang  cekal  dan tabah  meneruskan  kehidupan  terutama  di  dalam  pengajian  mereka  walaupun  tanpa  ibu  dan  ayah. Janganlah  risau  kerana  ibu  dan  ayah  sebenarnya  sentiasa  di  sisi  bersama-sama  kamu. Ibu  dan  ayah sentiasa  menitipkan  do'a  buat  kamu, mohon  agar  Allah  pelihara  dan  lindungi  kamu, tetapkan  hati kamu   di  Raudhatul U'lum  dan  agar  kamu  sentiasa  seronok  belajar  di  sana. Mudah-mudahan insyaAllah.  Ya Allah, kau  permudahkanlah  segala  urusan  anakku  Ahmad  Adil  Hakim  dan kurniakanlah kepadanya  syurga  tertinggi  di  sana  kelak. Amin...ya  rabbal a'lamin.

Tuesday, August 20, 2013

Tertunai hajat di hati

Alhamdulillah..syukur  padaMu  Ya  Rabb, segalanya  dipermudahkan. Harapan  ana  semoga  anak  sulung
dalam  keluarga  ini  mampu  mengharungi  kehidupan  baru  bersama  sahabat-sahabat  baru  di  Raudhatul Ulum.  Sejuk  hati  ibu  melihatmu  nak.  Hari  ini  merupakan  hari  ke-4  kamu  di  sana, kekadang  terbit juga  rasa  gusar  di  hati  ini.  'macam  mana  lah  kamu  di  sana, apa  agaknya  yang  kamu  buat  ketika  ini ' pelbagai  lagi  rasa  di  dalam  hati  ini. Ibu  doakan  kamu  baik-baik  di  sana, ibu  akan  sentiasa mendoakan  kesejahteraan  untukmu  dan  yang  paling  utama  doa  ibu  agar  Allah  SWT  tetapkan  hati kamu  mempelajari  agama  di  sana.  Ibu  dan  ayah  sentiasa  bersamamu, ibu  redha  semua  ini.  Kuatkan semangat  tabahkan  hati,  walaupun  kamu  baru  9  tahun,  tapi  ibu  tahu  kamu  kuat  nak..ayah  pun cakap  begitu  pada  ibu.  Kamu  anak  yang  baik  dan  ibu  titipkan  doa  semoga  kamu  dan  adik-adikmu menjadi  anak  yang  soleh  dan  solehah. Amin  ya  Rabbal a'lamin.

Friday, January 4, 2013

2013...

Selamat  tahun  baru  2013.
Semoga  tahun  lepas  memberi  semangat  baru  untuk  ana  mulakan  perjalanan  hidup  di  muka  bumi  ini
dengan  azam  yang  membara.  Semoga  terus  berjaya  terutama  kepada  my  dear  hubby  demi  mencapai  apa yang  dicita-citakan  di  dunia  dan  akhirat.  Amin.


Ana  mendoakan  yang  terbaik  untuk  semuanya.